Al Jabbar Group Sdn Bhd
No 13, Jalan Prima Saujana 1/1A
Taman Prima Saujana, Seksyen 1
43000 Kajang, Selangor
+603 8737 9476
feedback@aljabbargroup.com

Al Jabbar Healthcare Sdn Bhd
No 13, Jalan Prima Saujana 1/1A
Taman Prima Saujana, Seksyen 1
43000 Kajang, Selangor
(1) +603 8737 3254
 
(2) +603 8739 3209
 
(3) +6017 6413 227
healthcare@aljabbargroup.com

Al Jabbar Tonik Hati
Al Jabbar Water Filter.Com
No 13, Jalan Prima Saujana 1/1A
Taman Prima Saujana, Seksyen 1
43000 Kajang, Selangor
+603 8737 9476
(1) aljabbar.tonikhati@gmail.com
 
(2) drjabbar@aljabbargroup.com

Al Jabbar Herbs Sdn Bhd
No 13, Jalan Prima Saujana 1/1A
Taman Prima Saujana, Seksyen 1
43000 Kajang, Selangor
(1) +603 8737 0692
 
(2) +603 7344 603
herbs@aljabbargroup.com
Pengenalan Syarikat

Al Jabbar Group Sdn.Bhd adalah salah sebuah syarikat berasaskan kesihatan dimana ianya telah dibuka secara rasminya pada 5 August 2008. Perniagaan ini bermula dengan produk "Tonik Hati" oleh En.Mohd Kamaruzmaan Bin Che Hussain selaku Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group. Dengan berbekalkan 10 tahun pengalaman kendalian syarikat, Al Jabbar semakin kukuh sehingga mampu mengeluarkan sebuah mesin terapi dikenali sebagai Dr. Jism dan ianya mendapat sambutan luar biasa dikalangan rakyat malaysia juga di Brunei dan Indonesia.

Peninggalan hasil kajian mengenai alam semulajadi telah membentuk asas kepada operasi Al Jabbar. Teknologi canggih digunakan untuk membentuk gred farmaseutikal produk. Sebagai bukti bahawa Al Jabbar Group Sdn.Bhd berdedikasi untuk menyediakan produk herba yang berkualiti tinggi, syarikat telah dianugerahkan SIRIM QAS, Sijil Halal Produk, dan Sijil Kualiti Pengurusan Sistem.

sejak penubuhan, syarikat telah tertumpu didalam pembanggunan keselamatan, asli dan inovatif dimana ianya dapat membantu msyarakat bagi menjalani kehidupan yang lebih sihat. Hari ini, produk Al Jabbar telah disokong oleh kebanyakkan pakar kesihatan dan doktor-doktor serata dunia. Pengguna di Malaysia, Indonesia, dan brunei kini telah bergantung kepada produk Al Jabbar bagi keperluan kesihatan mereka.

Al Jabbar Healthcare Sdn Bhd
—Al Jabbar telah menubuhkan  sebuah lagi anak syarikat yang diberi nama AL Jabbar Healthcare Sdn Bhd pada tahun 2008 , dengan mengedar dan memasarkan produk  - produk berasaskan mesin kesihatan  dan  sistem penapisan air seperti Dr Jism, Family Dr, Dr Jabbar, kerusi urut, termos air aura, dan terkini, memasarkan mesin terapi mewah seperti Dr Jism 10 series dan Therapysm.

Sehingga kini, penubuhan bilik-bilik pameran Healthcare hampir mencecah tiga puluh (30) buah kesemuanya yang berada di seluruh negara.
Pusat Perubatan Herba Al Jabbar (Tonik Hati / Hidayah Hb Plus)

Pusat Perubatan Herba Al Jabbar ditubuhkan pada tahun 1997 dan diasaskan oleh En.Kamaruzaman Bin Che Hussain dengan bertunjangkan 6 jenis produk kesihatan. Antara produk yang dikeluarkan oleh Al Jabbar ialah Jabbar Hidayah (HB) khusus untuk pesakit hati, SV-10 untuk HIV Aids, Kasturi untuk kencing manis, bayu untuk angin, Raudhah untuk resdung dan ubat merawat buasir. Kini Al Jabbar mengorak langkah dengan menambah pengeluaran produk daripada enam kepada lima belas jenis produk berasaskan herba (Herba adalah sebatang pokok yang digunakan dari akar ke pucuk). Untuk produk HB Hidayah dan SV-10, ianya dihasilkan daripada bunga-bungaan terpilih. Manakala produk-produk lain dihasilkan daripada kulit, akar dan daun pokok.

En. Kamaruzaman dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan dan merupakan anak ke-6 daripada tujuh adik beradik. Beliau mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan seorang pengamal perubatan herba. Pada umur awal 20-an, beliau telah merantau ke indonesia semata-mata untuk mendalami lagi bidang herba dan mengkaji rahsia alam semula jadi. Disana, beliau menemui beberapa formula untuk merawat penyakit kronik.

Rentetan daripada itu, terhasillah satu formula 'ajaib' khusus untuk merawat penyakit hepatitis dan penyakit yang berkaitan dengan hati. Sebagai seorang usahawan muslim, beliau beriltizam membantu orang yang berada dalam kesusahan tidak mengira batas agama dan keturunan. Itu adalah matlamat dan perjuangan sebenar Al Jabbar dalam memartabatkan kedudukan herba sebagai salah satu perubatan alternatif, sekaligus membantu para pesakit tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang agak tinggi untuk mengubati penyakit kronik.

Al Jabbar Sports.Com

AJabbar juga turut sama menceburi bidang berkaitan dengan sukan, dimana tertubuh lah  AL Jabbar Sports.com.  Perniagaan ini berkonsepkan butik pakaian sukan dan akan menjual dan membekalkan pelbagai jenis pakaian  dan aksesori yang berkaitan dengan sukan. Ianya dijangka beroperasi sepenuhnya pada bulan Januari 2011

Design By Firdhaus Kamaruddin. Copyright © 2010 - 2011 Al Jabbar Group Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Tentang Kami . Produk . Gambar & Video . Kerjaya . Berita & Pengumuman . Hubungi Kami